| penyejukbekuan | freezing | Proses mengawet bahan makanan dengan cara menyimpan makanan di dalam tempat sejuk sehingga beku. | Sekolah Rendah |
| penyalaian | smoking | Proses mengawet bahan makanan menggunakan asap. Asap boleh membunuh bakteria dan mikroorganisma, mengeringkan dan juga memberikan rasa kepada makanan. Contohnya, ikan salai dan pisang salai. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| penjerukan | pickling | Proses mengawet bahan makanan dengan cara merendamkan makanan di dalam larutan gula, garam dan cuka. | Sekolah Rendah |
| pengetinan | canning | Proses mengawet bahan makanan dengan cara makanan dimasak pada suhu yang tinggi untuk membunuh mikroorganisma dan seterusnya disimpan di dalam tin kedap udara. | Sekolah Rendah |
| pengeringan | drying | Proses mengawet bahan makanan dengan cara menyingkirkan kandungan air yang ada dalam makanan. | Sekolah Rendah |
| pengasinan | salting | Proses mengawet bahan makanan menggunakan garam. Contohnya, ikan masin. | Sekolah Rendah |
| pendinginan | cooling | Proses mengawet bahan makanan dengan cara menyimpan makanan tersebut di dalam tempat sejuk. | Sekolah Rendah |
| pempasteuran | pasteurization | Proses mengawet bahan makanan dengan cara memanaskannya dalam suhu yang tertentu bagi membunuh hampir keseluruhan bakteria dan diikuti oleh penyejukan dalam suhu yang tertentu. Contohnya, yogurt dan susu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| pembotolan | bottling | Proses mengawet bahan makanan dengan cara makanan atau minuman tersebut dimasak pada suhu yang tinggi untuk membunuh mikroorganisma dan seterusnya disimpan dalam botol kedap udara. | Sekolah Rendah |
| pempasteuran | pasteurization | Proses mengawet bahan makanan dengan cara memanaskan bahan pada suhu 65°C selama 30 minit atau 72°C selama 15 saat dan diikuti dengan penyejukan segera pada 10°C atau kurang. | Menengah Atas |