| bunga raya | hibiscus | Bunga yang mempunyai lima kelopak, dan biasanya berwarna merah, merah jambu, putih atau kuning. Bunga raya merupakan bunga kebangsaan negara Malaysia. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| oksihemoglobin | oxyhaemoglobin | Sebatian yang terbentuk apabila oksigen berpadu dengan hemoglobin dalam sel darah merah. Sebatian ini berwarna merah cerah. | Menengah Rendah |
| anemia | anaemia | Penyakit yang terjadi kerana kekurangan sel darah merah atau kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Keadaan ini menyebabkan darah kurang berupaya mengangkut oksigen yang secukupnya untuk keperluan badan. | Menengah Rendah |
| bintang raksasa merah | red giant star | Bintang raksasa yang mempunyai suhu permukaan antara 2000 - 3000 Kelvin dan diameternya 10 - 100 kali ganda diameter matahari. Bintang raksasa merah adalah dalam fasa kematian bintang. | Menengah Rendah |
| kertas litmus | litmus paper | Kertas yang digunakan untuk menguji sama ada sesuatu larutan itu berasid atau beralkali. Kertas litmus akan bertukar daripada warna biru kepada merah jika larutan itu berasid. Kertas litmus merah akan bertukar kepada biru jika larutan itu beralkali. | Menengah Rendah |
| sel darah merah | red blood cell | Sel darah yang berfungsi mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Sel ini berbentuk ceper cekung dan tidak mengandungi nukleus. | Menengah Rendah |
| hati | liver | Organ berwarna merah gelap yang terletak di bahagian atas sebelah kanan abdomen. Hati berfungsi menghasilkan hempedu dan menyingkirkan bahan-bahan toksik dari badan. | Menengah Rendah |
| alkali | alkali | Bahan yang menukarkan warna kertas litmus merah menjadi biru, dan biasanya berasa pahit dan licin. | Sekolah Rendah |
| metil jingga | methyl orange | Penunjuk asid-bes yang berwarna merah dalam larutan asid, dan kuning jingga di dalam alkali. | Menengah Atas |
| alkali | alkali | Bahan yang larut dalam air, menukarkan kertas litmus merah menjadi biru, berasa pahit dan mempunyai nilai pH antara 8 - 14. Alkali akan membentuk garam dan air apabila bertindak balas dengan asid. | Menengah Rendah |