| bunga raya | hibiscus | Bunga yang mempunyai lima kelopak, dan biasanya berwarna merah, merah jambu, putih atau kuning. Bunga raya merupakan bunga kebangsaan negara Malaysia. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| fenolftalein | phenolphthalein | Sebatian organik yang digunakan sebagai penunjuk asid-bes. Sebatian ini tidak mempunyai warna dalam larutan berasid, dan berwarna merah jambu dalam larutan berbes. | Menengah Atas |
| kertas kobalt klorida | cobalt chloride paper | Kertas turas yang direndam di dalam larutan kobalt klorida. Kertas ini digunakan untuk mengesan kehadiran air. Warna kertas ini akan berubah daripada biru kepada merah jambu dengan kehadiran air. | Menengah Rendah |