| pempolimeran | polymerization | Proses penggabungan monomer-monomer melalui pembentukan ikatan kimia untuk menghasilkan polimer yang mempunyai rantai molekul yang panjang. | Menengah Atas |
| polimer | polymer | Sebatian kimia yang terbentuk daripada monomer-monomer yang bercantum semasa pempolimeran. | Menengah Atas |
| penyahpolimeran | depolymerization | Proses penguraian polimer yang berantai panjang kepada monomer-monomer yang lebih ringkas. | Menengah Atas |
| monomer | monomer | Unit asas yang membentuk polimer. | Menengah Atas |
| isoprena | isoprene | Monomer bagi getah asli, berbentuk koloid putih dan tidak larut dalam air. | Menengah Atas |