| pucuk | shoot | Daun muda atau daun yang baru terbit di hujung ranting atau puncak anak pokok. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| anak benih | seedling | Tumbuhan muda yang bercambah daripada biji benih. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| sepal | sepal | Struktur yang melindungi putik muda bunga berupa seakan-akan daun yang biasanya berwarna hijau. | Menengah Rendah |
| sulfur | sulphur | Unsur bukan logam berwarna kuning muda yang banyak digunakan dalam bidang perindustrian dan perubatan. | Menengah Rendah |
| riket | rickets | Penyakit kecacatan tulang pada manusia atau haiwan muda, akibat kekurangan vitamin D. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| kuprum sulfat kontang | anhydrous copper sulphate | Sebatian logam yang berwarna biru muda, tidak mengandungi air atau air habluran. Formula CuSO4. | Menengah Rendah |
| percambahan | germination | Perkembangan awal embrio biji benih menjadi anak benih, atau spora menjadi tumbuhan yang muda, dalam sekitaran yang sesuai, iaitu dengan adanya air, oksigen, dan suhu yang sesuai. Lihat Rajah | Menengah Atas |