| gigi susu | milk teeth | Gigi yang mula tumbuh ketika bayi berusia antara enam hingga sepuluh bulan dan biasanya gigi susu akan tanggal satu persatu mulai umur kanak-kanak enam tahun. Set gigi ini terdiri daripada sebahagian atau semua gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| takat didih | boiling point | Suhu ketika sesuatu cecair mula mendidih. Contohnya, takat didih air ialah 100°C. | Sekolah Rendah |
| baligh | puberty | Peringkat permulaan kematangan seks yang berlaku pada manusia. Organ-organ pembiakan mula berfungsi dan terdapat beberapa perubahan fizikal dan emosi yang berlaku pada peringkat ini. | Menengah Rendah |