| pantulan | reflection | Proses pembalikan gelombang di dalam medium asal apabila gelombang terkena dengan suatu permukaan. | Menengah Rendah |
| pantulan | reflection | Pembalikan zarah-zarah atau gelombang apabila bertemu dengan sesuatu halangan. | Menengah Atas |
| pantulan dalam penuh | total internal reflection | Pantulan cahaya apabila ia merambat dari medium yang lebih tumpat ke medium yang kurang tumpat dengan sudut tujunya melebihi sudut genting. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| sudut pantulan | angle of reflection | Sudut di antara sinar pantulan dengan garis normal. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| sudut pantulan | angle of reflection | Sudut di antara sinaran atau gelombang yang dipantulkan dengan garis normal pada titik pantulan. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| pantulan cahaya | reflection of light | Sinar cahaya yang bergerak dalam garis lurus dan melantun ke luar objek. Permukaan yang bersinar akan memberikan pantulan imej kepada mata. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| periskop | periscope | Sejenis teropong yang digunakan untuk melihat sesuatu yang terhalang daripada pandangan mata menggunakan prinsip pantulan cahaya. Contohnya, penggunaan periskop dalam kapal selam. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |