Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
udaraairCampuran pelbagai jenis gas yang tidak kelihatan dan terdapat di atmosfera.Sekolah Rendah
tisu penghubungconnective tissueTisu yang terdiri daripada pelbagai jenis sel dan gentian yang terasing oleh matriks ‘luar sel’. Contohnya, tendon, ligamen dan tisu darah.Menengah Atas
organorganBahagian atau struktur sesuatu organisma yang terdiri daripada pelbagai jenis tisu untuk melakukan sesuatu fungsi khusus. Contohnya, hati, jantung dan mata pada haiwan, manakala daun, bunga serta buah pada tumbuhan.Menengah Rendah
gizidietJenis, zat dan kuantiti pelbagai jenis makanan yang dimakan oleh manusia.Sekolah Rendah
kekerasanhardnessSifat jirim dalam fasa pepejal yang memberikan rintangan yang tinggi kepada pelbagai jenis perubahan bentuk apabila daya dikenakan.Menengah Atas

Kembali ke atas