| peluh | sweat | Cecair masin dan tidak berwarna yang dirembes oleh kulit mamalia untuk menyejukkan badan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| kelenjar peluh | sweat gland | Kelenjar yang merembeskan peluh. Kelenjar ini terdapat pada hampir keseluruhan permukaan badan manusia dan primat peringkat tinggi, tetapi amat kurang pada mamalia lain. | Menengah Rendah |
| liang peluh | sweat pore | Bukaan halus pada epidermis (lapisan kulit paling luar) yang membolehkan peluh keluar ke permukaan kulit semasa proses perpeluhan. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| dermis | dermis | Lapisan tisu bawah epidermis yang terdiri daripada tisu penghubung, salur darah, kelenjar peluh dan saluran limfa. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| organ perkumuhan | excretory organ | Organ yang terdiri daripada sepasang buah pinggang, peparu dan kulit yang berfungsi untuk menyingkirkan bahan perkumuhan seperti air kencing, karbon dioksida dan peluh daripada badan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |