| alat tidak piawai | non-standard tool | Alat yang tidak ditentukan ukurannya mengikut ketetapan sistem piawai antarabangsa. Contohnya, pensel digunakan untuk mengukur panjang sesuatu objek. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| benda bukan hidup | non-living thing | Benda yang tidak boleh bernafas, bergerak, berkumuh, bergerak balas terhadap rangsangan, membesar dan membiak. Contohnya, kertas dan pensel. | Sekolah Rendah |