| penurunan | reduction | Tindak balas kimia yang melibatkan pertambahan elektron pada atom atau ion dengan demikian menurunkan nombor pengoksidaannya. | Menengah Atas |
| ujian Benedict | Benedict’s test | Ujian untuk mengesan kehadiran gula penurunan seperti glukosa, fruktosa dan maltosa. Mendakan merah bata terbentuk apabila larutan yang mengandungi gula penurunan dipanaskan bersama larutan Benedict. | Menengah Rendah |
| agen penurunan | reducing agent | Bahan yang menurunkan bahan lain dan dioksida dalam tindak balas kimia. | Menengah Atas |
| tindak balas redoks | redox reaction | Tindak balas kimia yang melibatkan proses pengoksidaan dan penurunan berlaku secara serentak. | Menengah Atas |
| tindak balas gelap | dark reaction | Peringkat fotosintesis yang berlaku ketika ketiadaan cahaya, melibatkan penurunan karbon dioksida dan penceraian air, menggunakan tenaga kimia yang disimpan di dalam ATP. | Menengah Atas |
| asid hidroklorik | hydrochloric acid | Asid yang tidak berwarna, mengakis, larut dalam air, alkohol dan benzena, dan merupakan asid yang kuat. Asid hidroklorik digunakan dalam penurunan bijih, pemprosesan makanan dan sebagai bahan uji makmal. Formula HCl. | Menengah Rendah |