| nic ekologi | ecological niche | Fungsi dan peranan organisma dalam sebuah komuniti atau sistem ekologi, bergantung pada penyesuaian struktur, gerak balas fisiologi dan perlakuan organisma tersebut. | Menengah Atas |
| asid ribonukleik | ribonucleic acid | Asid nukleik yang memainkan peranan yang penting dalam sintesis protein semua organisma hidup. Ia adalah bahan genetik bagi kebanyakan virus. | Menengah Atas |
| asid deoksiribonukleik | deoxyribonucleic acid | Asid nukleik yang memainkan peranan penting dalam juzuk utama kromosom yang membentuk bahan genetik kebanyakan organisma hidup. | Menengah Atas |
| spesies | species | Sekumpulan organisma yang serupa, berkongsi ciri sepunya, memainkan peranan yang sama dalam ekosistem serta boleh membiak untuk menghasilkan anak. | Menengah Rendah |
| adenosina trifosfat | adenosine triphosphate | Sebatian kimia yang bertenaga tinggi dan memainkan peranan yang penting dalam metabolisme. | Menengah Atas |
| alga | algae | Kumpulan mikroorganisma yang terdiri daripada satu atau berbilang sel. Kebanyakan alga terdapat dalam air dan memainkan peranan yang penting dalam siratan makanan. Contoh alga ialah Chlamydomonas, Euglena dan Spirogyra. | Menengah Rendah |