| hutan | forest | Kawasan tanah yang luas, yang ditumbuhi pokok-pokok besar dan belukar tebal secara semula jadi. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| susu getah | latex | Bendalir yang keluar daripada pokok seperti pokok getah. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| akar banir | buttress root | Akar sokong yang tebal, tumbuh keluar di atas permukaan tanah daripada pangkal pokok. Akar ini berfungsi sebagai penyokong tambahan kepada pokok tersebut. Contohnya, akar pokok langsat. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| sulur | sucker | Pucuk baru yang berkembang dari bahagian pangkal atau akar pokok. Contohnya, sulur pada pokok pegaga. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| akar sokong | prop root | Akar yang tumbuh daripada batang dan juga daripada dahan, yang menjadi sokongan yang kuat kepada pokok itu. Contohnya, akar pokok pandan, tebu dan jagung. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| pokok semarak api | flame of the forest | Sejenis tumbuhan berbatang licin, mempunyai bunga berwarna merah jingga dan buah berbentuk seperti kacang. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| pokok induk | parent plant | Pokok asal bagi tumbuhan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| anak pokok | young plant | Pokok pada peringkat awal pertumbuhannya. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| akar tunjang | tap root | Akar utama pada tumbuhan yang disertai dengan akar sisi di sekelilingnya. Akar ini tumbuh menegak ke dalam tanah dan berfungsi untuk menegapkan kedudukan pokok. Contohnya, akar pokok bunga raya. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| akar jangkang | stilt root | Akar yang keluar mengunjur daripada pangkal pokok untuk menambah luas permukaan dasar sokongan. Contohnya, akar pokok bakau. Lihat Rajah | Menengah Rendah |