| bioteknologi | biotechnology | Pembangunan teknik yang menggunakan proses-proses biologi dalam penghasilan bahan untuk perubatan dan perindustrian. | Menengah Rendah |
| proses kehidupan | living process | Proses yang berlaku dalam organisma hidup. Contohnya, proses pernafasan, pencernaan dan perkumuhan. | Menengah Atas |
| proses pereputan | decaying process | Penguraian bahan kompleks menjadi lebih ringkas, akibat tindakan bakteria atau kimia. | Menengah Atas |
| proses metabolisme | metabolic process | Perubahan kimia dan fizikal yang berlaku dalam badan dan membolehkan pertumbuhan badan yang berterusan. | Menengah Atas |
| proses hidup | life process | Proses yang dilakukan oleh benda hidup seperti bernafas, bergerak, membesar, membiak, berkumuh dan bergerak balas terhadap rangsangan. | Sekolah Rendah |
| proses Sentuh | contact process | Proses industri untuk menghasilkan asid sulfurik, H2SO4 secara besar-besaran. | Menengah Atas |
| pertanian | agriculture | Proses menghasilkan tumbuhan dan haiwan yang berguna kepada manusia. Proses ini melibatkan penanaman, pembiakbakaan serta pengurusan tanaman dan ternakan. | Menengah Rendah |
| pembiasan | refraction | Proses perambatan cahaya melalui dua medium yang berbeza ketumpatan optiknya. Proses ini menyebabkan berlakunya perubahan arah dan halaju cahaya. | Menengah Rendah |
| penyahgaraman | desalination | Proses penyingkiran garam dari air laut atau tanah untuk tujuan tertentu. Proses ini membolehkan air laut digunakan sebagai minuman, sementara tanah yang berkenaan dapat digunakan sebagai kawasan tanaman tertentu. | Menengah Rendah |
| gutasi | guttation | Proses kehilangan air yang berlebihan melalui liang hidatod dalam betuk titisan air. Proses ini biasanya berlaku dalam keadaan kelembapan udara yang tinggi pada waktu malam. | Menengah Atas |