| bintang raksasa merah | red giant star | Bintang raksasa yang mempunyai suhu permukaan antara 2000 - 3000 Kelvin dan diameternya 10 - 100 kali ganda diameter matahari. Bintang raksasa merah adalah dalam fasa kematian bintang. | Menengah Rendah |
| bintang raksasa | giant star | Bintang yang mempunyai saiz yang besar berbanding saiz biasa. Contohnya, saiz garis pusat bintang raksasa ialah kira-kira sepuluh kali atau lebih daripada saiz garis pusat matahari yang dianggarkan 1.4 juta km. | Menengah Rendah |
| super raksasa | super giant | Bintang yang besar dan mempunyai beribu-ribu kali lebih besar kecerahan daripada matahari dan mempunyai diameter lebih daripada 100 kali diameter bumi. Bintang super raksasa adalah dalam fasa kematian bintang. | Menengah Rendah |
| supernova | supernova | Letupan yang sangat terang disebabkan bintang super raksasa yang meletup. | Menengah Rendah |
| penyamaran | camouflage | Peniruan warna, bentuk atau rupa persekitaran oleh haiwan untuk mengelak daripada dikesan oleh pemangsa. Contohnya, warna cicak yang hampir sama dengan persekitaran dan warna labah-labah raksasa yang menyamai batang pokok. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |