| selulosa | cellulose | Rangkaian unit glukosa yang terdapat pada dinding sel tumbuhan, yang berfungsi sebagai pembina dan penyokong struktur dinding sel tumbuhan. | Menengah Rendah |
| Internet | Internet | Rangkaian komputer yang boleh menghubungkan antara satu sama lain untuk mendapatkan maklumat di seluruh dunia. | Menengah Rendah |
| jaringan makanan | food web | Rangkaian beberapa rantai makanan yang saling berkaitan antara satu sama lain dalam sesuatu ekosistem. | Menengah Rendah |
| gentian gelendong | spindle fibre | Rangkaian gentian yang terbentuk semasa peringkat profasa. Sesetengah mikrotubul melekat pada sentromer kromosom dan memisahkan kromosom ke kutub yang bertentangan semasa anafasa. | Menengah Atas |
| buasir | haemorrhoids | Keadaan apabila rangkaian vena di dubur mengembang akibat tekanan tinggi yang berterusan pada vena rektum. | Menengah Atas |
| fasa | phase | Peringkat atau tahap dalam rangkaian sesuatu perkembangan. | Sekolah Rendah |
| sistem peredaran darah | blood circulatory system | Sistem rangkaian salur darah yang membawa darah, oksigen, nutrien, antibodi, hormon dan bahan kimia ke seluruh badan. | Menengah Rendah |
| alveolus | alveolus | Pundi udara yang halus di dalam paru-paru tempat berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Pada paru-paru vertebrat, rongga ini mempunyai membran yang nipis, kaya dengan rangkaian kapilari darah dan terletak di hujung bronkiol. Dindingnya yang lembap berperanan sebagai permukaan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lihat Rajah | Menengah Rendah |