| rantai makanan | food chain | Pemindahan tenaga sehala dari satu organisma ke organisma yang lain secara berturutan. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| rantai makanan | food chain | Hubungan makanan antara hidupan dalam satu habitat. Contohnya, padi dimakan oleh burung pipit dan burung pipit dimakan pula oleh ular. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| rantai makanan | food chain | Pemindahan tenaga daripada tumbuhan hijau (pengeluar) melalui satu urutan organisma. Satu organisma akan makan organisma di aras rantai makanan yang lebih rendah. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| sawat penyampai | conveyor belt | Tali atau rantai di antara gandar roda yang berpusing atau di antara takal. Tali ini berfungsi untuk menjalankan enjin atau menggerakkan sesuatu objek. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| jaringan makanan | food web | Rangkaian beberapa rantai makanan yang saling berkaitan antara satu sama lain dalam sesuatu ekosistem. | Menengah Rendah |
| siratan makanan | food web | Gabungan beberapa rantai makanan. Contohnya, padi dimakan oleh burung pipit dan tikus. Burung pipit pula dimakan oleh ular manakala tikus dimakan oleh burung hantu dan ular. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| aras trofik | trophic level | Kedudukan suatu organisma dalam rantai makanan yang menunjukkan peringkat pengaliran tenaga . Lihat Rajah | Menengah Atas |
| heliks ganda dua | double helix | Lingkaran yang dibentuk oleh dua rantai polimer seperti nukleotida. Contohnya, asid deoksiribonukleik (DNA). | Menengah Atas |
| piramid nombor | pyramid of numbers | Hierarki yang menunjukkan bilangan organisma pada setiap peringkat dalam sesuatu rantai makanan. | Menengah Rendah |
| pempolimeran | polymerization | Proses penggabungan monomer-monomer melalui pembentukan ikatan kimia untuk menghasilkan polimer yang mempunyai rantai molekul yang panjang. | Menengah Atas |