Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
salur
Kata Terbitan : saluran,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
salur alimentarialimentary canalSalur yang bermula di mulut dan berakhir di dubur. Salur ini berfungsi untuk menerima dan mencernakan makanan, menyerap nutrien, dan membuang kumuhan. Salur ini terdiri daripada rongga mulut, esofagus, perut dan usus. Lihat RajahMenengah Atas
salur alimentarialimentary canalSalur dalam badan yang berfungsi untuk menerima dan mencerna makanan, menyerap nutrien dan membuang kumuhan. Salur ini bermula dari rongga mulut hingga ke dubur.Menengah Rendah
plasentaplacentaStruktur yang menghubungkan ibu dengan fetus dalam uterus. Dalam plasenta, salur darah fetus berada berhampiran dengan salur darah ibu dan ini membolehkan fetus mendapatkan nutrien dan oksigen serta menyingkirkan bahan kumuh melalui salur darah ibu.Menengah Rendah
uretraurethraSalur yang menghubungkan pundi kencing ke luar tubuh. Salur ini juga mengalirkan mani pada lelaki.Menengah Rendah
arteriarterySalur darah yang mengalirkan darah dari jantung ke seluruh tubuh. Dinding salur ini tebal dan mempunyai tiga lapisan yang terdiri daripada endotelium (lapisan paling dalam), otot licin dengan tisu elastin (lapisan tengah yang tebal) dan gentian kolagen (lapisan luar yang nipis). Lihat RajahMenengah Rendah
tiub FallopioFallopian tubeSalur yang berfungsi untuk membawa ovum dari ovari ke uterus. Salur ini merupakan tempat persenyawaan sperma dan ovum. Tiub Fallopio dikenali juga sebagai oviduktus.Menengah Rendah
usus kecilsmall intestineBahagian salur pencernaan yang terletak di antara perut dengan kolon. Bahagian ini terdiri daripada duodenum, jejunum dan ileum. Jejunum ialah bahagian usus kecil yang terletak di antara duodenum dengan ileum, manakala ileum ialah bahagian bawah usus kecil. Salur ini juga ialah tempat penyerapan makanan tercerna.Menengah Rendah
venaveinSalur darah yang membawa darah terdeoksigen dari pelbagai tisu dan organ badan ke jantung.Menengah Rendah
ureterureterSalur yang membawa air kencing dari ginjal ke pundi kencing.Menengah Rendah
servikscervixSalur pada bahagian paling bawah uterus yang menguncup ke bukaan faraj.Menengah Rendah
12345

Kembali ke atas