| tenaga kinetik | kinetic energy | Tenaga yang terdapat di dalam objek yang sedang bergerak. Contohnya, tenaga pada kereta mainan yang sedang bergerak. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| terancam | endangered | Keadaan sesuatu yang sedang menghadapi bahaya. | Sekolah Rendah |
| konduktor membawa arus | current-carrying conductor | Bahan yang sedang mengalirkan arus elektrik. | Menengah Atas |
| daya | force | Keupayaan untuk mengubah keadaan jasad yang pegun atau yang sedang bergerak dalam garisan lurus. Daya dapat memulakan, menghentikan dan juga mengubah bentuk dan arah gerakan. | Menengah Rendah |
| perubahan tenaga | transformation of energy | Proses penukaran tenaga daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain. Contohnya, perubahan tenaga pada lilin yang sedang menyala. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| dinding sel primer | primary cell wall | Dinding pertama sel yang terdiri daripada selulosa mikrofibril yang dibentuk dengan pelbagai orientasi, dapat dilihat melalui mikroskop elektron, yang terbentuk apabila sel sedang membesar. | Menengah Atas |