| mikroorganisma | microorganism | Organisma seni yang biasanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop. Contohnya, bakteria dan virus. | Menengah Rendah |
| mikroorganisma | microorganism | Hidupan seni yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Contohnya, bakteria, virus, protozoa, alga dan yis. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| bakteria | bacteria | Hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan boleh hidup di udara, air, tanah dan di dalam tumbuhan, haiwan dan manusia. | Sekolah Rendah |
| hidatod | hydathode | Liang seni pada pinggir atau hujung dalam epidermis daun tumbuh-tumbuhan yang menyingkirkan air berlebihan. | Menengah Atas |
| fitoplankton | phytoplankton | Alga seni, sumber oksigen atmosfera yang penting dan sumber asas bahan makanan haiwan akuatik. | Menengah Atas |
| virus | virus | Mikroorganisma parasit paling seni yang menyebabkan penyakit pada manusia, haiwan dan tumbuhan. | Menengah Rendah |
| bakteria | bacteria | Mikroorganisma atau hidupan seni yang memberi manfaat atau boleh mendatangkan mudarat kepada manusia. Bakteria ialah organisma unisel, mempunyai dinding sel dan boleh hidup sebagai parasit atau saprofit. | Menengah Rendah |
| bakteria | bacteria | Mikroorganisma atau hidupan seni yang memberi manfaat atau boleh mendatangkan mudarat kepada manusia. Bakteria bersifat unisel, mempunyai dinding sel dan boleh bersifat autotrof parasit atau saprofit terhadap tumbuhan dan haiwan. | Menengah Atas |
| mikroskop | microscope | Alat yang digunakan untuk melihat objek seni dengan menggunakan kanta atau sistem kanta. Contohnya, mikroskop cahaya dan mikroskop elektron. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| mikroskop | microscope | Alat optik yang digunakan untuk melihat objek yang sangat seni. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |