| pengelasan | classification | Kaedah penyusunan organisma secara sistematik ke dalam kumpulan taksonomi berdasarkan kesamaan dan perbezaan masing-masing dengan mengambil kira faktor evolusi, fisiologi, genetik dan lain-lain. | Menengah Rendah |
| penyiasatan saintifik | scientific investigation | Kaedah penyiasatan mengikut pendekatan yang sistematik. Antaranya mengenal pasti masalah, mengenal pasti pemboleh ubah, membentuk hipotesis, merancang dan menjalankan penyiasatan, mengumpul data, menganalisis data dan membuat kesimpulan. | Menengah Rendah |
| pemboleh ubah dimanipulasikan | manipulated variable | Pemboleh ubah yang boleh diubah suai secara sistematik supaya kesan terhadap pemboleh ubah bergerak balas dapat diperhatikan. | Menengah Rendah |