| bitumen | bitumen | Bahan berasaskan petroleum yang berbentuk pepejal atau cecair likat, berwarna gelap, sukar terbakar dan larut di dalam karbon disulfida. Bitumen digunakan sebagai bahan penurap jalan atau bumbung. | Menengah Rendah |
| cecair | liquid | Jirim yang zarahnya bebas bergerak, tetapi pergerakannya dihadkan oleh daya lekitan. Cecair tidak mempunyai bentuk tetap, mengikut bentuk bekas dan sukar dimampatkan kerana zarahnya tersusun rapat berbanding dengan susunan gas. | Menengah Atas |
| cecair | liquid | Keadaan jirim yang zarah-zarahnya tersusun longgar, jarak antara zarah lebih besar berbanding pepejal, daya tarikan dan daya tolakan antara zarah yang lemah, sukar dimampatkan dan boleh mengalir tetapi tidak mempunyai bentuk yang tetap. | Menengah Rendah |