| air suling | distilled water | Air yang diperoleh melalui proses penyulingan, bebas daripada garam-garam terlarut dan sebatian lain. | Menengah Rendah |
| air suling | distilled water | Air tulen yang diperoleh melalui penyulingan yang digunakan dalam uji kaji sains. | Menengah Atas |
| penyulingan | distillation | Proses penyejatan dan kondensasi semula yang digunakan untuk mengasingkan atau menulenkan cecair mengikut takat didih. Contohnya, air suling. | Menengah Atas |
| molar | molar | Kepekatan sesuatu larutan apabila 1 mol bahan larut dalam pelarut, menghasilkan 1 liter larutan. Contohnya, larutan molar natrium hidroksida terdiri daripada 1 mol atau 40 g pepejal natrium hidroksida, dilarutkan dalam 1 liter air suling. | Menengah Atas |