| peleburan | melting | Proses perubahan jirim daripada pepejal kepada cecair. Tenaga haba yang dibekalkan akan diserap dan ditukarkan kepada tenaga kinetik. Apabila tenaga kinetik zarah pepejal mengatasi daya tarikan di antara zarah-zarah tersebut, susunan zarah dalam pepejal menjadi tidak sekata, dan akibatnya cecair akan terbentuk. | Menengah Rendah |
| keradioaktifan | radioactivity | Proses pereputan spontan nukleus yang tidak stabil menjadi nukleus yang lebih stabil dengan memancarkan sinaran radioaktif. | Menengah Atas |
| nikotina | nicotine | Sebatian yang berbentuk cecair likat yang tidak berwarna tetapi bertukar menjadi warna perang apabila terdedah kepada udara dan takat didih 247°C. Nikotina terdapat semula jadi dalam tembakau dan larut dalam air, alkohol, kloroform dan eter. Nikotina boleh menyebabkan ketagihan. | Menengah Rendah |
| pincang songsang | reverse bias | Proses yang berlaku apabila terminal positif diod disambungkan ke terminal negatif sel yang menyebabkan rintangan diod menjadi tinggi dan arus tidak dapat mengalir. | Menengah Atas |