| halusinogen | hallucinogen | Ubat yang boleh menyebabkan halusinasi. | Menengah Atas |
| analgesik | analgesic | Sejenis ubat yang boleh melegakan kesakitan dalam keadaan sedar. | Menengah Atas |
| dadah | drug | Bahan yang digunakan dalam ubat-ubatan untuk menahan sakit, merawat dan menyembuhkan penyakit. Dadah akan mendatangkan bahaya jika diambil lebih daripada sukatan atau tidak mengikut kaedah yang ditetapkan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| farmaseutikal | pharmaceutical | Bidang yang berkaitan dengan ubat-ubatan atau farmasi. | Menengah Atas |
| herba | herbs | Tumbuhan kecil yang batangnya lembut, daunnya dapat dibuat makanan, ubat, dan pewangi. | Menengah Atas |
| fluorida | fluoride | Sebatian yang mengandungi fluorin dengan unsur lain. Fluorida biasanya dicampurkan dengan ubat gigi untuk mencegah karies gigi. | Menengah Rendah |
| kokaina | cocaine | Bahan yang diperoleh daripada daun koka yang memberi kesan rangsangan, narkotik dan digunakan dalam ubat bius. | Menengah Rendah |
| alum | alum | Garam sulfat berganda bagi logam seperti natrium dan kalium, digunakan sebagai bahan dalam pewarna, pengeras simen, ubat, bahan kalis api dan untuk menjernihkan air. Alum dikenali juga sebagai tawas. | Menengah Rendah |