| pembungkusan vakum | vacuum packing | Proses mengawet bahan makanan dengan cara memasukkan makanan tersebut ke dalam beg atau botol kedap udara dan seterusnya mengeluarkan udara daripada bekas tersebut. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| udara | air | Campuran pelbagai jenis gas yang tidak kelihatan dan terdapat di atmosfera. | Sekolah Rendah |
| udara sedutan | inhaled air | Udara yang dihela masuk ke dalam paru-paru semasa pernafasan. | Menengah Rendah |
| udara hembusan | exhaled air | Udara yang dilepaskan keluar dari paru-paru semasa pernafasan. | Menengah Rendah |
| udara sedutan | inhaled air | Udara yang masuk ke dalam paru-paru melalui saluran pernafasan. | Menengah Atas |
| pencemaran udara | air pollution | Pencemaran terhadap kualiti udara yang disebabkan oleh bahan api industri, domestik dan kenderaan bermotor. | Menengah Rendah |
| pencemaran udara | air pollution | Penyebaran kekotoran dalam udara oleh bahan buangan seperti asap. | Sekolah Rendah |
| ventilasi udara | air ventilation | Pergerakan, pengaliran dan kawalan kualiti udara dalam tempat tertutup. | Menengah Rendah |
| kantung udara | air sac | Ruang berdinding nipis yang dipenuhi udara seperti yang terdapat pada burung. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| kedap udara | airtight | Keadaan bekas yang tidak dapat dimasuki udara. | Sekolah Rendah |