sagantang Kd | nama lain (eufemisme) bagi tapai. | Badan Lina terhuyung-hayang macam orang yang mabuk minum Sagantang. | Proton Saga Kelabu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
babawang Kd | sejenis rumput seperti bawang. | Terbayang dalam ruang mata Lina rumput Kurina, Solinatad, Kikiri dan Babawang sudah tumbuh di petak sawah. | Proton Saga Kelabu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
solinatad Kd | sejenis rumput yg umbinya digunakan sebagai pemecah kahak (ekspektoran). | Terbayang dalam ruang mata Lina rumput Kurina, Solinatad, Kikiri dan Babawang sudah tumbuh di petak sawah. | Proton Saga Kelabu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
masap Bj | keadaan luar biasa yang biasa seperti laut bergelora, ribut taufan dan sebagainya. | Apa makna masap itu, pak cik? Lina kebingungan. "Masap, ertinya laut bergelora. Ikan-ikan di dalamnya akan keluar ke permukaan laut untuk menakutkan kita. Angin ribut juga akan bertiup kencang," jelas Pak Cik Hassan bertambah cemas. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kikiri Kd | gelenggang (gelénggang) sejenis tumbuhan (herba yang daunnya dibuat ubat kurap, kayap dll), daun kurap; Cassia alata. | Terbayang dalam ruang mata Lina rumput Kurina, Solinatad, Kikiri dan Babawang sudah tumbuh di petak sawah. | Proton Saga Kelabu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lumpis Bj, Kd | sejenis ikan seluang; Rasbora spp. | Amir mana tahu di mana ada ikan di laut ini. Kalau mencari ikan puyu, ikan haruan dan ikan lumpis, dialah raja, perli Lina sambil senyum. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |