pongoluan Kd | alam barzah. | Pada zaman lampau, sebatang buluh tambahan yang panjang dipacak di tepi kubur dengan hujungnya menghala ke arah Gunung Kinabalu. Ia bertujuan untuk memberi panduan kepada roh si mati ketika roh itu meneruskan perjalanannya ke tempat persemandiannya yang kekal atau "Pongoluan". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sebayan Ib, Ky | 1. alam roh. | Layoh sudah melahirkan dirinya dalam dunia sebayan itu. Tidak akan hidup walaupun ditangisi saban hari. Rohnya akan tersesat dalam dunia sebayan itu nanti. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
odu mangatob Kd | penjaga di alam roh. | Benarkah sebelum ke puncak gunung itu, roh orang mati akan singgah dahulu di rumah Odu Mangatob, anak kinoringan, yang terletak di kaki gunung? Benarkah Baljit Singh itu adalah jelmaan daripada roh mendiang suami Solisir? | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
titi rawan Ib | titi yang mesti dilalui oleh setiap roh si mati di dalam perjalanan mereka menuju alam sebayan. | Nah! Ini penawar penyakit itu,' kata emak. Tetapi yang anehnya mereka berdua terus menolak saya ke dalam sungai itu. "Hah! Itulah titi rawan," bisik salah seorang dukun yang duduk di situ. "Saya terasa saya jatuh ke dalam sungai membawa penawar yang berupa batu yang diberi oleh emak. | Asap Kayu Lukai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |