getah, *darah getah* Ib | peribahasa untuk keturunan. | Andailah Petara berkenaan mengurniakan belaskasihan dan ihsan. Menghulurkan pertolongan dan bantuan. Aku dapat beroleh darah, beroleh getah. Dapat anak esok, lusa dan kemudian hari, Aku berjanji akan mengadakan satu majlis kenduri. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bedurok, *durok* Ib, MSr | 1. berderau (saling bantu antara satu sama lain). 2. kerja-kerja gotong-royong yang harus dibalas balik dengan gotong-royong. | Benar, dia tidak perlu bersama apai meminta bantuan dari Kampung Lempaong untuk bedurok membuka hutan, menebang pokok simpuh, semayur, tapang, perupuk dan geronggang, mencantas pula pohon beringin, simpur, rengas, geran dan sisik naga, menebas akar sekuntut, entiba, sarang naga, tapak kuda dan getih. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
teluk-pisok, *telok-pisok* Ml, MSr, Sk | di segenap tempat. | Biarlah dia duduk di mana-mana sahaja di ruang rumah dan teluk-pisok agar dia dapat makan dengan selesa sampai kenyang. Kelak apabila diharapkan untuk memberi pertolongan dan bantuan, dengan sekali seru namanya pun dia sudah datang. | Jagung Pulut Pusaka Moyang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
komburongoh, *komburongo* Kd | 1. sebahagian peralatan dalam upacara keagamaan, diperbuat daripada himpunan kepingan logam, loceng kecil, akar kayu, gigi babi/beruang, batu kecil. 2. sejenis rumput; Acorus calamus. | Untuk menghubungi roh-roh ini, dukun-dukun wanita itu mengadakan upacara bersembahyang dan pemanjatan doa dengan bantuan alat yang dipanggil "Komnurongoh". Alat ini diperbuat daripada himpunan kepingan logam, loceng kecil, sejenis tumbuhan yang juga dipanggil "Komburongoh", gigi babi hutan atau beruang, batu kecil berbentuk cincin dan akar-akar kayu. Alat ini juga dipanggil "Gonding" atau "Sukuon". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |