Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belah;

Puisi
 

Belah buluh jangan diusik,
     Kalau diusik menjadi bilah;
Bunga tangguh jangan dikutip,
     Kalau dikutip menjadi salah.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Ditetak belah dipalu belah,
     tembikar juga akan jadinya.

Bermaksud :

Walau diseksa atau disakiti sekalipun, namun kesudahannya menjadi mayat juga.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
temeran Ibalas untuk membawa bakul yang diperbuat daripada kulit kayu tekalong.Kedua-dua belah telinga budak-budak di rumah panjang itu diconteng dengan kapur dan kedua-dua belah tangan mereka digelangkan dengan seutas tali yang dinamakan temeran.Asap Kayu LukaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pagidsa-idsa Irmajlis pertemuan rasmi di antara kedua belah pihak lelaki dengan perempuan yang diwakili oleh jurucakap masing-masing dgn tujuan utk merisik.Kedua: Pagidsa-idsa yang bermaksud majlis pertemuan rasmi di antara kedua belah pihak lelaki dengan perempuan yang diwakili oleh jurucakap masing-masing.Proses Perkahwinan Masyarakat IranunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bilak buai Bj Spcincin belah rotan.Di bahagian tangan dan kaki penari-penari wanita, juga dihiasi dengan perhiasan-perhiasan tertentu iaitu di bahagian tangan dihiasi dengan gelang sulau yang diperbuat daripada kulit-kulit kerang atau siput-siput laut, cincin emas bentuk bilak buai dan di jari-jari pula dihiasi dengan selingkuku, iaitu sejenis sarung kuku yang diperbuat daripada logam jenis suasa.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jogo bana Bj Smberhati-hati.“Serang! Serang! Serang! Jangan beri peluang kepada Belah Darag menawan kita,” begitu bersemangat Embo Temah. Jogo bana anak-anak Selengkutai!NembilukGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
inan Kd, Mrsapaan hormat untuk makcik.Inan Lihu kelihatan duduk membelakanginya, di atas anak tangga pertama. Kedua-dua belah kakinya terjuntai-juntai.BungkauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
singut Iblebah.Pada suatu ketika, sedang Radin dan anak buahnya tekun membina rumah panjang baru ini, lebah jenis singut tiba-tiba hinggap di kedua-dua belah hujung tulang bumbung.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pansuh Ibikan atau daging yang dimasak dalam buluh.Telur dua hiris sedikit pulut pansuh, sedikit nasi dimasak dalam daun ririk, kapur, sehelai dua daun sirih, pinang belah, sepuntung dua rokok daun, tuak dipalitkan pada bahan piring dalam buluh itu, tembakau dan darah ayam dipalitkan pada buluh.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
limun Bj Smberkenaan sesuatu yg samar-samar atau belum kelihatan.“Emboh Temah, Embo Nukung, janganlah kiranya kalian mendabik dada dengan kemenangan awal yang kita kecapi kerana perjuangan kita masih limun dan sudah pastilah Belah Darag tidak berpuas hati dengan kekalahan yang dialami,” Embo Bani mengingatkan kedua-dua orang wira Desa Selengkutai itu. Embo Bani tahu tidak akan berdiam diri.NembilukGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pendulug Irmenghantar semula kedua mempelai ke rumah pengantin perempuan.Akhir sekali untuk menyempurnakan tradisi budaya perkahwinan Iranun iaitu pendulug bermaksud menghantar semula kedua mempelai ke rumah pengantin perempuan. Selepas acara ini, kedua mempelai dibenarkan bebas melawati keluarga kedua-dua belah pihak dengan penuh adat istiadat kemasyarakatan.Proses Perkahwinan Masyarakat IranunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas