belang Bj Sm | majlis keramaian. | Sebelum itu orang-orang Bajau itu telah mengadakan pesta pada malamnya. Di samping belang, titik dan runsai, mereka mengadakan perlawanan sepak manggis memperlihatkan ketangkasan mereka,” terang Cikgu Damit lagi. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jukut Sk | sesuatu (tidak mahu menyebut nama sebenarnya kerana kepercayaan tertentu seperti dalam budaya Melayu harimau disebut sang belang, buaya disebut sang rangkak tetapi dalam budaya masyarakat ini semua benda yang tidak mahu disebut nama sebenarnya disebut jukut); hantu atau makhluk halus, sesuatu. | Masuklah, kalau kaumahu. Kalau kausudah Kristian, siapa nak apa-apakan padi kita kalau diserang jukut. Josika mendongak ke langit yang tidak begitu cerah. Aku sudah tidak cekap lagi. Sudah tua. Aku berharap kepada kamu. Terpinga-pinga Josika buat seketika. | Novel Ngoncong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tonsotali Kd KB | sejenis roh jahat yang menjelma seperti ular sawa. | 2. Ansoruli atau Tonsotali – Roh menjelma seperti ular sawa berbelang-belang yang berbagai warna. | Sepintas Lalu Mengenai Adat istiadat Dusun/Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ansoruli Kd KB | sejenis roh jahat yang menjelma seperti ular sawa. | 2. Ansoruli atau Tonsotali – Roh menjelma seperti ular sawa berbelang-belang yang berbagai warna. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sepak manggis MSb | sejenis permainan tradisional yang menggunakan bola sepak raga. Bola tersebut disepak secara berpasangan (dua orang) menuju ke arah bekas di tempat tinggi, dalam bekas tersebut diletakkan sejumlah wang yang akan menjadi milik pemain sekiranya bola tersebut mengenainya. Permainnan ini biasanya dimainkan di majlis perkahwinan atau keramaian. | Sebelum itu orang-orang Bajau itu telah mengadakan pesta pada malamnya. Di samping belang, titik dan runsai, mereka mengadakan perlawanan sepak manggis memperlihatkan ketangkasan mereka," terang Cikgu Damit lagi. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |