[be.ra.lih]/[ber.a.lih] | براليه
Definisi : 1. bergerak dr satu tempat ke tempat yg lain, pergi (ke tempat lain): dia ~ dr situ apabila orang itu berjalan menghampirinya; 2. berpindah (ke tempat, pusat pentadbiran, dll yg lain): dr Singapura, dia ~ ke Kuala Lumpur; pusat kuasa politik ~ dr Yedo ke ibu kota purba Kyoto; 3. bertukar (ke hala, tumpuan, tajuk atau perkara dll yg lain): pandangannya ~ kpd laki-laki itu; perbualan mereka ~ ke perkara lain pula; 4. berganti, bertukar, berubah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[be.ra.lih]/[ber.a.lih] | براليه
Definisi : 1 bertukar ke tempat lain; berpindah: Pejabat tsb telah ~ dr Jalan Pudu ke Jalan Ampang. 2 berganti dgn yg lain; berubah kpd (dgn) sesuatu yg lain: Setelah selesai acara yg pertama, mereka pun ~ ke acara yg berikutnya pula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)