tambuloi, *tambului* Bs, Kd, Mr, Tb | tetamu. | Sewaktu dia akan berangkat ke rumah pengantin lelaki. Tidak diingatnya berapa ramai gadis dari pihak tambuloi yang ditugaskan menghiaskannya. Dia tidak lupa pada jenis-jenis kain yang menutup pintu biliknya pada ketika itu. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
magasab Kd | perbuatan seperti mengeluarkan bunyi-bunyian dengan tujuan untuk menaikkan semangat. Upacara ini dilakukan ketika pahlawan-pahlawan hendak berangkat ke gelanggang pertempuran, sekembalinya dari peperangan dan semasa upacara mencari pahlawan-pahlawan yang terhandal. | Menurut datuk ayah, alat-alat ini dipalu bersama sebuah canang, gendang dan sebilah cangkul semasa upacara magasab. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngeluah, *ngelua* LB | memberi denda/pampasan yang tujuan untuk mengembalikan persefahaman bagi kedua-dua pihak yang bergaduh. | Tapi sebelum Bulus berangkat pulang, lelaki tadi memberi amaran kepada Bulus, “Kalau awak sampai di rumah, jangan biarkan orang-orang kampung awak ngeluah (upacara pemujaan kepada orang yang dianggap mati, hidup atau pulang kembali dipalit dengan darah binatang yang disembelih). | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kelupit LB | sejenis raga sandang dianyam daripada rotan yang digunakan oleh lelaki untuk membawa barang, dan selalunya dijadikan barang hantaran perkahwinan untuk pengantin perempuan. | Maka mereka pun berangkat dari rumah Ilan Piuh itu. Kelupit tadi dibawa Ilan Piuh di belakangnya dan dia (Ilan Piuh) dibawa oleh Ilan Buser di belakangnya. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |