Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.do.sa] | بردوسا

Definisi : 1. melakukan dosa: orang yg ~ akan menerima balasannya; 2. bersalah kerana menentang orang tua (hukum adat, negara, dsb): lain orang yg ~ lain pula yg dituduh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.do.sa] | بردوسا

Definisi : 1 mendapat dosa: Dia ~ kerana telah mencuri barang-barang itu. 2 (telah) melakukan dosa: Orang yg ~ akan dihukum di akhirat nanti. 2 bersalah (kerana menentang orang tua, negara dll): Dia tahu bahawa dia sudah ~ terhadap ibunya dan oleh sebab itulah ia lekas-lekas meminta maaf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdosa

Puisi
 

Kota ini kota di tanah,
     Mati kijang ditanduk rusa;
Zaman ini zaman fitnah,
     Mati muda tiada berdosa.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
susuk tingkayu Tbdendam (bahasa kiasan suku kaum Sungai).Pak Odok sering menggagalkan segala rancangan. Itulah pendapat Turagai. Dia mahu Nanak menjadi susuk tingkayu atas kematian Sindan, anak buahnya. Kalau bukan Nanak, Pak Odok pun sudah cukup. Kedua-duanya pun bersalah dan berdosa mengikut perkiraan Turagai.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas