andilik Mr | membersihkan belukar atau hutan untuk bercucuk-tanam. | Peringkat berikutnya ialah untuk membersihkan belukar dengan menggunakan parang. Kerja ini biasanya dilakukan secara bergotong royong (ahuyu) yang bergantung kepada kemampuan petani sama ada petani itu mampu menyediakan makanan dan minuman tapai beras kepada pembantu-pembantunya. Peringkat ini dipanggil andilik. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngebat Ib | mengikat bahagian-bahagian benang yang hendak dicelup supaya kekal warna asal bahagian yang diikat itu. | Proses berikutnya dipanggil ngebat (mengikat bahagian-bahagian benang yang hendak diwarnakan dengan warna-warna tertentu setelah benang itu disusun dengan cara yang teratur). Setelah dikebat atau diikat barulah benang itu disepuhkan ke dalam dulang yang mengandungi air mengkudu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kotu'an Kd | upacara untuk mententeramkan semangat jahat yang ada kaitannya dengan padi. | Selepas upacara amal di atas dilakukan, satu lagi upacara amal dipanggil kotu'an dilakukan pada hari atau minggu berikutnya untuk mententeramkan semangat yang jahat dan memaklumkan semangat ini untuk tidak menganggu padi. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tongil Kd | riang-riang. | Semasa dalam hutan sejenis serangga yang disebut tongil atau riang-riang yang akan berbunyi dengan tiba-tiba pada tengah malam ketika pemburu sedang berkhemah di hutan. Kononnya bunyi tersebut merupakan petanda bahawa suatu melapetaka akan menimpa pemburu semasa memburu pada hari berikutnya. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |