Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.jum.pa] | برجومڤا

Definisi : (pergi) menemui seseorang (di suatu tempat): mereka hendak ~ dgn Guru Besar (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.jum.pa] | برجومڤا

Definisi : 1 bertemu secara kebetulan atau dgn tiba-tiba: Saya ~ dgn kawan lama saya di pasar lambak. 2 bertemu utk sesuatu tujuan: Saya ingin ~ dgn Guru Besar tetapi dia jarang ada di pejabat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumpa
Kata Terbitan : berjumpa, menjumpai, memperjumpakan, terjumpa, perjumpaan,

Puisi
 

Berjumpa gajah dua serupa,
     Gajah kecil mati terkepung;
Banyaknya lebih daripada adinda,
     Keningnya lentik bagai berladung.


Lihat selanjutnya...(57)
Peribahasa

Beruk berjumpa pisang masak setandan.

Bermaksud :

Orang tamak yang memperoleh keuntungan dengan mudah.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bangas MSbmakanan atau minuman yang basi.Penyelesaian fasal tanah yang kami duduki itu tidak berhasil. Tuntutan kami juga buntu macam apam bangas. Namun kami tidak berdiam diri. Kami berjumpa ketua daerah, minta simpati, minta belas kasihan.Pulut Kuning Daging RendangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pengaruh Ibazimat untuk menjaga keselamatan diri daripada perbuatan jahat orang, atau ubat guna-guna ilmu hitam.Kemudian isteri Enteran Temiang menggosokkan pengaruh untuk menghidupkan orang yang sudah mati, ubat ini diperolehi Enteran Temiang dan Enteran Temali dari langit semasa mereka berjumpa Datuk Pengaruh. Pengaruh ini sungguh mujarab kerana sesudah digosok Enteran Temali pun mulai bernafas, dan terus hidup semula.Novel Kumang BertelurGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas