Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.jun.tai] | برجونتاي

Definisi : bergantung bergerak-gerak atau berayun-ayun: kakinya ~ ke bawah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.jun.tai] | برجونتاي

Definisi : bersangkut pd sesuatu dgn bahagian bawahnya tidak berjejak ke tanah dsb: Ia duduk di atas meja dan kakinya ~ ke bawah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anak keling duduk di upih,
     Duduk berjuntai di permatang;
Kalau nak tolak kenal berkasih,
     Nanti si undai akan datang.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
burung berua Ibkeadaan burung yang berbuai di atas akar-akar yang berjuntai semasa seseorang sedang berhuma. Suatu petanda tidak baik iaitu akan ditimpa kesakitan sama ada dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya.Semasa seseorang sedang berhuma dan dia nampak burung berua di atas akar-akar yang berjuntai, ini tidak baik. Ini menunjukkan tali ayun manang semasa upacara belian untuk dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya yang sakit.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
paiya, *paya* Ibbahagian cawat yang berjuntai di depan.Nama dan jenis kain tenunan yang dibuat untuk kegunaan lelaki ialah seperti labung, paiya ekor cawat, kain belantan dan sementing. Pakaian perempuan yang ditenun ialah seperti kain pendek, baju tabor, baju bara-ara dan pua kumbu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tarimpak, *sarimpak* Bj, MSbhiasan kepala, mahkota yg diperbuat drpd tembaga yg diukir dan berjuntai-juntai.Kaum lelaki tidak terlibat pada acara tersebut kecuali untuk bermain muzik yang terdiri dari 1 biji rebana, tiga biji telatok yang diperbuat rai buluh jenis poring. Pakaian yang dipakai terdiri dari kebaya, kain songket dan tarimpak.Tarian sambut kelahiran bayiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas