Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kum.pul] | برکومڤول

Definisi : 1. berdekatan rapat-rapat men­jadi satu atau sekelompok, berlonggok: sampah-sarap yg hanyut itu ~ menjadi suatu timbunan; beberapa orang yg ~ itu sedang asyik berjudi; 2. berhimpun (beramai-ramai), ber­kampung: ramai orang ~, berlambak-lambak, di keliling panggung ini menunggu pertunjukan yg berikutan; 3. = berkumpul-kumpul berkerumun, berpusu-pusu: di sampingnya ~ segelintir manusia spt sekumpulan semut mengerumuni gula; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kum.pul] | برکومڤول

Definisi : berada di sesuatu tempat beramai-ramai atau dgn banyaknya; berhimpun; berkelompok: Murid-murid ~ di dewan sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kumpul
Kata Terbitan : berkumpul, mengumpulkan, terkumpul, kumpulan, perkumpulan, pengumpulan, pengumpul,

Peribahasa

Seperti kiambang dilempar.

Bermaksud :

Bercerai sebentar, lalu berkumpul kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bergempuruk MSrberkumpul.Rumah panjang ini masih boleh terus tegak di sini. Pada musim gawai kita bolehlah bergempuruk lagi. Sekurang-kurangnya kita dapat menjaga tanaman kita dengan baik.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
membujak Bj Sm, Tbmerejam lembing.Dalam masa-masa yang tertentu, pengikut-pengikut Si Gunting berkumpul beramai-ramai, adakalanya mereka mengadakan latihan membujak dan menyumpit.Si GuntingGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
biau Ibupacara berdoa sambil mengibarkan seekor ayam semasa majlis keramaian (untuk maksud sosial).Seluruh isi rumah itu berkumpul menghadiri upacara ‘biau’ itu. Ayah dan ibu Kumang juga hadir di situ. Mereka datang berserta dengan rombongan siang tadi.Novel Kumang BertelurGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pitulak Bj, Slsejenis perahu kecil yg diisikan dengan makanan dan ditolak ke laut sebagai persembahan tolak bala.Masyarakat kampung sudah berkumpul membantu dukun menyiapkan lepa Pitulak itu. Mereka sepakat mengatakan di kampung itu sedang dilanda hantu laut.“Pitulak”Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
karangan Ibhamparan batu kerikil di tebing atau di tengah hulu sungai.Apabila Kumang dan Lulong tiba di sebuah karangan mereka terlihat banyak ikan sedang berkumpul untuk menetaskan telur.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas