Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pa.ling] | برڤاليڠ

Definisi : 1. mengubah arah muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ia ~ ke arah pemuda itu; 2. ki beralih atau bertukar (per­hatian, pandangan, dll): tiba masanya kita ~ kpd soal lain; 3. ki berubah atau bertukar pegangan (fikiran, kesetiaan, dll), berbelot, membelot; ~ haluan a) beralih (berubah) haluan; b) ber­ubah (beralih) pandangan dll; ~ sembah sl derhaka, tidak setia (kpd sultan dll); ~ tadah beralih atau bertukar kesetiaan (pegangan dll); roda yg ~, kuda sudah digerindin prb ke­lihatan sahaja senang hidupnya, tetapi yg se­benarnya susah; tegak ~, duduk berkisar prb berubah (berlainan) drpd apa yg telah dikata­kan atau dijanjikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pa.ling] | برڤاليڠ

Definisi : mengubah arah muka ke kiri, ke kanan atau ke belakang; bergerak menghadap ke arah lain: Sambil berjalan itu, ia ~ ke kiri dan ke kanan. ~ haluan a. bertukar haluan. b. berubah fikiran dll. ~ sembah tidak setia kpd sultan. ~ tadah berubah kesetiaan dan menyebelahi musuh; belot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paling2
Kata Terbitan : berpaling, memalingkan,

Puisi
 

Cik Esah di pintu maling,
     Buah padi ke Paya Ledang;
Cabut galah perahu berpaling,
     Buah hati tinggal seorang.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Roda yang berpaling,
     kuda sudah digerindin.

Bermaksud :

Lahirnya saja kelihatan senang tetapi yang sebenarnya sangat melarat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ngembiluk Bj Smberpaling tadah.Di saat Desa Selengkutai berada di era kegemilangan, Embo Temah telah ngembiluk.NembilukGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kempang Ib, MSrtergamak, sampai hati, sadis, tega.Sibot hanya menggeleng-gelengkan kepala. Dia sudah tidak kempang melihat muka bapanya yang kebingungan itu lalu dengan cepat dia berpaling ke tempat lain.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas