Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.lin] | برسالين

Definisi : 1. bertukar (pakaian dll), berubah (warna, kulit, bulu, dll): dia mahu ~ pakaian; 2. bh melahirkan anak, beranak: maka permaisuri pun datanglah sakit hendak ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.lin] | برسالين

Definisi : bh melahirkan anak; beranak: Isterinya sudah cukup masa utk ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.sa.lin] | برسالين

Definisi : berganti atau ber­tukar dgn yg lain; berubah rupanya: Tunggu sebentar, dia sedang ~ pakaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salin (kata kerja)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan tukar, ganti, silih, ubah,

2. Bersinonim dengan tulis: tiru, ikut, surih, tekap, fotokopi, mendua,

Kata Terbitan : bersalin, menyalin, menyalinkan, mempersalinkan, salinan, persalinan, penyalinan, penyalin,

Puisi
 

Kupu-kupu terbang ke langit,
     Singgah di langit bersalin kain;
Tinggallah kuku dengan langit,
     Biar saya mencari lain.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kosusuon Kdmelahirkan anak; bersalin.Semasa melahirkan anak atau "kosusuon" hanya suaminya dan seorang dukun wanita ("Bobohizan") sahaja yang dibenarkan ada bersama-sama wanita itu di dalam bilik.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
malap betung Bj Smupacara memakai bengkung bagi wanita selepas bersalin.Kau perlu akan upacara malap betung, Ayu.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tekalong, *tekalung* Ibsejenis pokok besar tumbuh liar; kulitnya boleh dibuat tali, baju dan bebat untuk wanita selepas bersalin.“Cantik sungguh rupanya gadis itu, mukanya menyerupai bulan yang mengambang, mata menyerupai biji manik yang jernih, pinggang ramping kelihatan ringan seperti empulur tekalong luntang, jarinya lancip seperti pucuk lia jerenang.” Keling memikir-mikirkan tentang apa yang harus dia lakukan.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pelepet LBSejenis parang panjang yang digunakan semasa peperangan. Ia juga dijadikan barang hantaran perkahwinan.Isteri saya sedang sakit nak bersalin, saya mahu memakai pelepet ini untuk memotong perut isteri saya itu,? jawab lelaki itu lagi.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pantar Ibruang antara ruai dan tanju di rumah panjang yang biasanya dijadikan sebagai tempat tidur lelaki bujang.Pada pagi Gupi hendak bersalin, Bada yang sedang duduk berdiang di ruai ternampak seorang lelaki sudah duduk di pantar, iaitu bahagian ruai yang terdekat dengan tempat menjemur padi atau tanju.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas