ngenselan Ib | suatu upacara keagamaan bertujuan untuk menghindarkan kejahatan atau kecelakaan dengan menggunakan darah ayam atau khinzir. | Setelah mendapati mereka berdua ini benar-benar bersalah, Beti pun mengambil keputusan untuk merejam mereka mengikuti adat Sengalang Burong. Ini ialah kerana mereka telah tidak dapat membayar denda adat yang akan digunakan untuk ngenselan atau upacara membersihkan negeri dari perbuatan terkutuk. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sulu baiduri Mr Td | sejenis tarian kaum Tidung yang bertujuan untuk memohon restu pada dewa yang diberi nama Sulu Baiduri agar si sakit segera sembuh. | Seperti juga suku kaum lain bahawa suku kaum Tidong masih percaya terhadap jampi serapah. Mereka juga mempunyai tarian tradisi yang bermaksud memohon restu pada dewa yang diberi nama Sulu Baiduri agar si sakit segera sembuh. | Tarian hadiah untuk pengantin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngekot MSr | perihal perempuan yang mengikut lelaki ke rumah bertujuan untuk berkahwin. | Semua orang menyoal kepala sendiri tentang engkau iaitu kenapa kau tidak membalas dendam sahaja kepada perempuan yang pernah menganiaya cintamu dan hidupmu yang sering kaukatakan membuatkan kau begitu kecewa? Katamu setelah beberapa hari bertunang dengan hantaran yang mewah-mewah, dia mengejar lelaki lain lalu ngekot kemudian bernikah dan hantaran pertunanganmu satu sen pun tidak dikembalikannya. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
taju Ib | sejenis umpan, dipercayai disediakan oleh harimau atau buaya jadian bertujuan untuk memerangkap manusia. | Kematian yang seperti itu dipanggil kematian mengambil umpan taju harimau. Kerana itulah, kalau menjumpai sesuatu yang anggap pelik di dalam hutan, jangan diambil benda tersebut. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gawai kenyalang Ib | sejenis upacara pemujaan yang menggunakan patung kenyalang yang bertujuan untuk memperoleh restu terhadap perkara yang dihajati. | Saya membawa kita semua di sini untuk mengadakan Gawai Kenyalang. Gawai ini terpaksa kita adakan besok," kata Baring. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nyenggai, *nyenggai antu* Ib | upacara meratapi mayat serta menyebut-nyebutkan tentang kebaikannya dan kejayaannya. Upacara ini bertujuan untuk mewujudkan suasana kesedihan dan menjaga si mati. | Tak ada anak, makanan dah habis semasa upacara nyenggai, kata Lenta."Cubalah tengok dulu," pinta Baring lagi. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
igal-igal Bj Sp | sejenis tarian yang ditarikan dengan iringan alat muzik kulintangan, gong dan tambur asalnya bertujuan untuk menyampaikan hadiah berupa wang kepada pengantin dengan cara menari. | Menurut penyelidikan bahawa Tarian Igal-Igal ini ditarikan secara Perseorangan, perkumpulan atau secara berpasangan dan dari keadaan ini jelas memperlihatkan yang Tarian Igai-Igai ini merupakan tarian pergaulan atau kegembiraan. | Tarian Hadiah untuk Pengantin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
monegolig, *monigoli* Kd | sejenis tarian berunsur keagamaan dan memohon restu dari Tuhan yang bersemayam di puncak Gunung Kinabalu dan juga bertujuan untuk menghalau hantu yang mengganggu ketenteraman sesebuah kampung. | Dan manakala kepala kambing berkenaan akan dibawa bersama atau dibawa berarak sambil menarikan tarian monegolig. Tujuan kepala kambing dibawa ialah untuk diserahkan kepada hantu yang menganggu ketenteraman kampung. | Memuja tuhan di Gunung Kinabalu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pongoluan Kd | alam barzah. | Pada zaman lampau, sebatang buluh tambahan yang panjang dipacak di tepi kubur dengan hujungnya menghala ke arah Gunung Kinabalu. Ia bertujuan untuk memberi panduan kepada roh si mati ketika roh itu meneruskan perjalanannya ke tempat persemandiannya yang kekal atau "Pongoluan". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |