antap MSr | melampau, berhabis-habisan. | Celaka manuk! Antap sungguh kenenan Kassim. Terhenyak Bidin mendengarnya. Hendak ditolak, walhalnya benar. Hendak tak hendak, terpaksa juga Bidin mengekek mengiringi ketawa rakannya yang memang terkenal penyakat itu. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kelakar MSr | 1. perbincangan. 2. perbualan. | Jarang-jarang Pak Bidin mahu bersuara atau menyampuk kelakar orang kalau dia belum benar-benar bersedia. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
angkat dara MSr | akil baligh bagi kanak-kanak perempuan. | Pak Bidin lebih berat hendak memikirkan anaknya yang kedua, yang sudah angkat dara sejak sekian lama. Kalau apa-apa berlaku kepada anaknya itu, dan sebelumnya dia menyelak tepi kain orang, kelak akan dijuihi bibir oleh orang lain pula, menyesal tidak sudah jadinya. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kejeron MSr | ghairah, tak sabar-sabar, beria-ia benar (melakukan sesuatu). | Seingatnya juga, Bidin tidak bertanya satu apa pun petang itu. Tetapi dia yang kejeron hendak memberi tahu keputusan Esah. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
melasik MSr | membersihkan rumput-rumput/semak, babat. | Selalunya waktu matahari sudah hampir-hampir tegak di atas kepala begini, Bidin dengan senang sudah dapat melasik tujuh atau lapan pokok kelapanya. Tetapi hari ini, jangankan tujuh batang, empat batang pun dia belum terlasik lagi. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sik MSr | tidak. | Entah apa yang terbuku di hati Esah, tidak ada sesiapa yang dapat menekanya hampir pasti. "Lelaki gatal. Huk, eh, sik kuheran." Entah dari mana dia mendapat maklumat bahawa kawan Bidin itu banyak anak. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |