Canang Kimanis Kd | sejenis canang. | Canang Kimanis - jenis yang terbaik dan bermutu tinggi. Bunyinya nyaring dan lantang. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kulipapa, *kalipapa* Bj, Ir | sejenis pohon yg kayunya digunakan sebagai asas utk menempatkan gong-gong kecil supaya bunyinya nyaring. | Bahagian kedua Kulintangan tring ini dinamakan Antaga atau Rak. Pada kebiasaannya suku kaum IIlanun membuat Rak atau Antaga dari bahan kayu jenis kulimpapa atau kulipapa, iaitu sejenis kayu yang boleh mengeluarkan bunyi nyaring. | Bakokong dimain untuk hilang penat | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
salun MSb | gema. | Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik). | Pengenalan kepada Alat-alat Muzik Tradisional Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sansaring Kd, Tb | sejenis canang yang mengeluarkan suara yang nyaring seperti canang cina. | Lamin ..., tegur Sadi kepada seorang pemuda yang berpakaian sepertinya. Lamin duduk bersila tidak jauh darinya. "Buruk benar bunyinya irama gong yang kaumainkan. Sakit telinga aku. Kau seharusnya menjiwainya dengan sepenuh perasaan. ..." Lamin yang sedang memalu gong `sansaring'nya begitu tersinggung. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |