pakajjang Bj, Sl | bahagian tengah lepa. | Seluruh bahagian tengah lepa dipanggil ‘pakajjangang’. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pemalung Bj, Sl | bahagian belakang lepa. | Tempat menyangkut pengayuh pula dikenali sebagai ‘panga’, manakala bahagian belakang dipanggil ‘pemalung’. | www.berita Harian .com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tujjah Bj, Sl | bahagian depan lepa yang berbentuk menajam. | Lepa dibentuk melalui beberapa bahagian dengan bahagian depan berbentuk menajam dipanggil ‘tujjah’. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
panga Tb | kayu yang bercabang dua yg digunakan sebagai tempat menyangkut pengayuh. | Tempat menyangkut pengayuh pula dikenali sebagai ‘panga’, manakala bahagian belakang dipanggil ‘pemalung’. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lamak kapis Bj, Sl | sejenis layar kain yang lebih kecil dan berbentuk segi empat. | Layar yang dipanggil ‘lamak kapis’ lebih kecil dan berbentuk segi empat. | www.berita Harian .com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lepa Bj Sp | perahu. | PERAHU yang mempunyai ukiran bunga. Lebih unik, ukiran itu diadaptasi daripada ayat al-Quran. Masyarakat Bajau memanggilnya lepa mengikut bahasa Bajau Semporna yang bermaksud perahu. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ubar suluk Bj, Sl | sejenis pohon kayu bakau | Lepa selalunya diperbuat daripada kayu serayan merah atau ‘ubar suluk’ dalam bahasa Bajau serta kayu ubal yang digunakan di bahagian depan sebelah bawah. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tapi Bj, Sl | dinding lepa. | Lepa biasanya berukuran 5 meter panjang dan 1.5 meter lebar dan membentuk struktur sebuah rumah yang mempunyai dinding dipanggil ‘tapi’ dan beratap daun nipah dikenali ‘kajjang’. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pasuk Bj, Sl | paku kayu, pasak. | Biasanya kayu yang digunakan untuk membuat lepa diawetkan seperti diwapkan terlebih dulu bagi tujuan ketahanan. Selain itu, pasuk iaitu paku kayu digunakan bagi menyambungkan setiap bahagian lepa itu. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lamak bua'an Bj, Sl | sejenis layar kain yang mempunyai lekuk pada satu bahagian hujung yang menyamai mulut ikan. | “Lamak bua’an’ lebih besar dan ia mempunyai lekuk pada satu bahagian hujung yang menyamai mulut ikan. | www.berita Harian .com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |