puyut Bj | sapu tangan. | Apabila bersendirian, Rohayu akan selalu mengeluarkan puyut yang tersembunyi di dalam almari pakaiannya. Puyut tenunan tangannya itu sudah tidak seindah dulu lagi. Malah sejak puyut itu dikembalikan kepadanya, sesuatu yang ada dalam dirinya turut mati. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tutubit, *tutubik* Mr | sejenis alat yang digunakan oleh bobolian dalam upacara pengubatan tradisional. | Kelopak mata Charlene terkedip-kedip, memerhatikan upacara yang sedang berlangsung. Di tangan tentagas itu, tergenggam sebilah lembing, tutubit, giring-giring dan lain-lain untuk upacara itu. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mogah Bj Sm, Ir | kain tenunan untuk hiasan. | Kerja-kerja tangan mereka yang bermutu tinggi seperti tenunan kain mogah dan tenunan dastar, menghiasi dinding rumah yang sobek-sobek. | Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tarik lampung Ib | sejenis sukan tradisional masyarakat Iban yang menggunakan kayu untuk menarik antara satu sama lain. | Mereka juga kerap kali mengetuai budak-budak melibatkan diri dalam bidang sukan seperti berlari, melompat, berlawan tangan dan jari, tendang-menendang, tarik lampung dan tarik tali dan bermain gasing. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mengilok Bj, Sl | sejenis tarian menggerakkan tangan dan jari-jari yang dianggap sebagai tarian bersuka ria atau untuk maksud menghiburkan tetamu yang datang. | Kalau kita perhatikan cara Tarian Mengilok dipersembahkan, ianya merupakan tarian berentak riang-ria atau gembira dan jelas tarian berkenaan melambangkan kegembiraan atau kedamaian hidup suku kaum berkenaan yang kebanyakannya tinggal di persisiran pantai atau di Sungai Kinabatangan dalam daerah Sandakan. | Tarian kaum Suluk diminati ramai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |