kaul Ml | suatu upacara untuk menjamu roh laut dan sungai supaya banyak ikan diperolehi. | Pesta Kaul adalah pesta orang Melanau seperti Pesta Gawai bagi orang Dayak. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
selap Ib | rumput yang tumbuh di kawasan gersang. | Tanah yang begitu tandus amat menyedihkan kami, Hanya tumbuh lalang bersama rumput selap padi, Kerana selalu dibakar api, Tempat Dayak berhuma padi tidak menjadi, Disaingi rumput padi mati, …. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
siang Bd | nama keluarga dalam masyarakat Cina seperti Lim, Tan, Wong dsb. (Nama ini diwarisi daripada sebelah ayah, bukan sebelah ibu). | Walaupun dia mempunyai suku darah Cina, dia tidak mahu mengaku berketurunan Cina. Namanya di dalam kad pengenalan pun Ahtieng anak Ah Lasak. Keluarganya pun tidak mempunyak siang Cina lagi lantaran nenek sebelah bapanya sahaja yang berketurunan Cina sedangkan datuknya sendiri memang Dayak jati. | Novel Ngoncong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |