Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.bur] | دبور

Definisi : 1. bunyi spt bunyi barang besar jatuh ke air (orang dicampakkan ke air dsb); 2. bunyi spt bunyi ombak memecah ke pantai: de­gupan jantungnya makin kencang dan hebat macam ~ ombak memukul pantai; berdebur berbunyi debur-debur: pd waktu malam, hanya terdengar suara ombak ~ sahaja di situ; berdeburan berdebur-debur: di situ air selalu ~ dgn ombaknya buru-memburu ke pantai; mendebur berdebur; deburan 1. (bunyi) pukulan ombak ke pantai, bunyi spt bunyi barang besar jatuh ke air; 2. ki perasaan (keadaan) yg berkecamuk: dgn hati yg berdamba bergetar, maka me­langkahlah dia perlahan-lahan menahan ~ di lubuk hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata debur


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
koduduwo Kdroh.Minamangun adalah roh yang membawa rahmat, apalagi kalau roh ini dibantu oleh koduduwo, roh pemberi nyawa manusia.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lawangan Bjsejenis tikar yang dihias khusus untuk pengantin sahaja.Kelihatan pengantin lelaki dan ahli rombongannya dipersilakan duduk bersimpuh di atas lawangan.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bukakaron Kdburung garuda (dalam cerita dongeng).Baginya, Baljit adalah jelmaan roh bukakaron. Dia tidak layak sama sekali mengambil tempat mendiang bapa saudaranya.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bangkawan Mrpenjodoh bilangan untuk atap.Walaupun telah dibuka tiga bangkawan atap dari bumbung rumah untuk dijadikan alas tempat haiwan yang akan dikorbankan.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bambangan MSbsejenis buah mangga; Mangifera pajang.Tuan, ini hari gua bikin jem bambangan, kata Leong dengan suara yang kemanja­manjaan. "Tuan suka, bukan?"Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
piontokan Kd1. pertunangan sebelum dewasa.Sekali gus mengingatkan dia kepada saudara sepupunya sebelah keluarga ibunya, mendapat jodoh semasa sebelum baligh. Suasana dalam upacara adat piontokan itu, cukup meriah.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rinait Kdmantera.Di celah dua orang pengiringnya, Charlene duduk memerhatikan tentagas membaca rinait. Seperti yang pernah diterangkan oleh Ivan, upacara mengain merupakan upacara memanggil semangat padi pulang ke ketawai.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
minamangun Kdpencipta.Bagi Solisir, minamangun adalah roh yang mencipta dan menghidupkan segala makhluk, dan juga benda-benda yang baik. Minamangun atau roh maha pencipta, bagi kaumnya di sebelah ibunya.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ketawai Kdtempat menyimpan padi.Charlene menggeleng kepala. Tetapi dia cepat-cepat merapati ke badan Richard. Tentagas itu sengaja bersuara lantang untuk menyeru semua semangat padi supaya pulang ke ketawai.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
menawa do rasam Kdmemohon hujan.Abon Munggit memerhati kegiatan di halaman rumahnya. Esok akan bermulalah upacara menawa do rasam. Beberapa orang lelaki sedang mendirikan sulap di tebing sungai sebagai tempat melakukan upacara.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
123

Kembali ke atas