ngenselan Ib | suatu upacara keagamaan bertujuan untuk menghindarkan kejahatan atau kecelakaan dengan menggunakan darah ayam atau khinzir. | Setelah mendapati mereka berdua ini benar-benar bersalah, Beti pun mengambil keputusan untuk merejam mereka mengikuti adat Sengalang Burong. Ini ialah kerana mereka telah tidak dapat membayar denda adat yang akan digunakan untuk ngenselan atau upacara membersihkan negeri dari perbuatan terkutuk. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
situbau Ir | sejenis tarian yang menggunakan kain dastar ketika menarikannya. | Pada mulanya Tarian Situbau atau dastar ini ditarikan tanpa menggunakan sebarang alat muzik akan tetapi ianya telah disesuaikan dengan menggunakan alat muzik dua buah canang atau bebandil dan sebiji debak. | ‘Situbau’ sambut pengantin lelaki | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
narum, *narum tarum* Ib | proses untuk mendapatkan warna hitam dengan menggunakan daun tarum. | Setelah dikebat atau diikat barulah benang itu disepuhkan ke dalam dulang yang mengandungi air mengkudu. Setelah dimasukkan ke dalam air mengkudu barulah proses mampul dijalankan. Setelah proses ini selesai benang itu dimasukkan ke dalam air pewarna yang dipanggil tarum. Proses ini dipanggil narum. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
debak Ir | 1. sejenis gendang. | Pada mulanya Tarian Situbau atau dastar ini ditarikan tanpa menggunakan sebarang alat muzik akan tetapi ianya telah disesuaikan dengan menggunakan alat muzik dua buah canang atau bebandil dan sebiji debak. | ‘Situbau’ Sambut Pengantin Lelaki | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
andilik Mr | membersihkan belukar atau hutan untuk bercucuk-tanam. | Peringkat berikutnya ialah untuk membersihkan belukar dengan menggunakan parang. Kerja ini biasanya dilakukan secara bergotong royong (ahuyu) yang bergantung kepada kemampuan petani sama ada petani itu mampu menyediakan makanan dan minuman tapai beras kepada pembantu-pembantunya. Peringkat ini dipanggil andilik. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
perantan MSr | suatu upacara mandi beradat dlm istiadat perkahwinan untuk tujuan kekebalan atau tahan lasak. | Manakala itu pengantin perempuan disediakan untuk majlis persandingan dengan diketap (dicukur) rambut di sekitar dahinya, diberi mandi air perantan (dilangir dengan menggunakan entemu, bedak dan sabun) dan seterusnya disuruh mengambil wuduk. Selepas proses itu tukang hias (mak andam) mulalah menghias dan mengenakan pakaian pengantin. | Adat Resam Penduduk Sarawak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
arong Ib, Ml | laluan, lorong pada jalan atau sungai. | Telur ayam dipecahkan di kepala orang yang pengsan itu. Berdasarkan ajaran inilah orang yang pengsan kerana laluan arong semasa upacara gawai dipulihkan dengan menggunakan telur ayam. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
belia Ib | alat untuk merapatkan benang dan diperbuat daripada banir kayu tapang, kayu mengeris atau kayu keras lain yang licin. | Kumang, Lulong dan Bunga Eni serta Bunga Satangkai kemudian bersaing menenun pua kumbu. Mereka duduk serentak dan memulakan kerja dengan menggunakan alat-alat tendai dan belia. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mansai Ib | menangkap ikan menggunakan sejenis alat yang dianyam daripada rotan atau bemban. | Dapat tak ikan? tanya orang itu. "Dapatlah, tak pernah begini," jawab Ensimau. "Sebab itulah saya suruh awak mansai sebab saya lihat banyak ikan di situ tadi," jelas orang itu. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bercenaga, *bechenaga* Ib, Kh | upacara ramalan yang dilakukan oleh manang atau lemambang untuk menentukan baik buruknya sesuatu alamat yang dibawa oleh burung atau melalui mimpi seseorang. Ramalan ini dilakukan dengan cara melihat pada hati khinzir yang telah disembelih, bentuk urat pada hati khinzir itulah yang menentukan nasib sesiapa yang berkenaan itu. Upacara ini biasanya untuk tujuan meramalkan kejayaan seseorang. | “Lain kali,” nasihat Dayang Manis Muka, “kalau awak mengadakan upacara bercenaga, awak boleh menggunakan hati anak babi untuk melihat perutusan dewa-dewa sama ada untuk melihat keadaan kesihatan atau untuk melihat nasib. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |