aping Ib | sejenis pokok palma; kulitnya boleh dibuat benang tali kail atau jerat burung, umbutnya boleh dibuat sayur. Manakala lapisan habuk yang terdapat pada pokoknya boleh digunakan sebagai bahan untuk menyalakan api. | Mereka menangkap burung menggunakan jerat yang diperbuat daripada kulit kayu penduk. Ada yang menangkap burung dengan getah sempulut dan jerat daripada benang pokok aping. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
addas gabang Bj, Tb, Sl | bahagian dasar gabang (alat muzik) yang diperbuat daripada zing. | Kamah-kamah ini dibuat dua lingkaran, diletakkan di sebelah menyebelah bahagian atas papagan, digunakan sebagai lapik bagi menguatkan dengung anak-anak gabang itu ketika dipukul; di bahagian dasar atau addas gabang diperbuat daripada zing ini adalah bagi membolehkan bunyi gabang itu akan bertambah nyaring. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kelkati MSb | kacip pinang. | Titik Gabang - iaitu kayu pemukul anak-anak gabang bagi mengeluarkan bunyi-bunyi yang dikehendaki. Panjangnya kira-kira 10 inci dan bentuknya menyerupai sebilah kelkati. Ianya diperbuat daripada kayu dan dibuat berukir-ukir. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
egut Bj | baju yang dibuat daripada kain baldu. | Dia tersedu. Tubuhnya yang bersalutkan baju egut diperbuat daripada kain baldu biru laut, terhias indah dengan labuci damit. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
titik gabang Sl, Tb | pemukul gabang. | Titik Gabang - iaitu kayu pemukul anak-anak gabang bagi mengeluarkan bunyi-bunyi yang dikehendaki. Panjangnya kira-kira 10 inci dan bentuknya menyerupai sebilah kelkati. Ianya diperbuat daripada kayu dan dibuat berukir-ukir. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kantiu Bj, Sl | seluar yang dibuat daripada kain baldu dan dihiasi dengan labuci. | Dia tersedu. Tubuhnya yang bersalutkan baju egut diperbuat daripada kain baldu biru laut, terhias indah dengan labuci damit. Seluar kantiu daripada jenis kain yang sama, dipadankan dengan baju egut yang ketat. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sundatang Tb | sejenis alat muzik yang dibuat daripada batang nangka. | Setakat ini saya telah memperkenalkan 19 alat muzik tradisional yang diperbuat daripada bambu kecuali Gandang dan Sundatang. Alat-alat untuk membuat alat ini iaitu batang bambu, kayu nangka, kulit labu, gam asli daripada sarang lebah dan lain-lain adalah bahan-bahan semulajadi yang boleh didapati dengan mudah. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
khakik Mr | sejenis batu yang boleh dibuat manik perhiasan kepala. | Sekiranya `selimpuk' - manik-manik payah diperolehi maka `tadung' ini boleh juga diperbuat daripada `bulu' iaitu batu khakik yang dirangkai-rangkaikan sehingga ianya mengelilingi bulatan kepala. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rakup Ib | atas tenunan. | Rakup yang digunakan untuk mengepit benang diperbuat daripada kayu belian. Tetapi rakup pantang dibuat sembarangan kalau lelaki yang membuatnya masih belum lanjut usianya. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lidi Ib | sejenis alat yang digunakan dalam proses menenun kain. Ia dibuat daripada pelepah aping dan jaung. | Lidi diperbuat daripada tulang sejenis palma yang dipanggil jaung. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |