Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dihantar

Puisi
 

Kain pelikat corak bersegi;
     Isi di dulang hendak dihantar;
Kalau pemikat baik budi,
     Burung terbang pulang ke sangkar.


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
mun MSrkalau.Anak mesti dihantar ke sekolah. "Anak mesti dihantar ke sekolah. Mun sik, apa nak dipolahnya besar dudi hari kelak.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tunggul-tunggul Bjbendera yang dipacak pada tanah pada hari perkahwinan atau di atas kubur.KEBERANGKATAN Nanak tidak dihantar dengan paluan tenggugu. Tidak juga dihantar dengan hiasan pisang-pisang dan tunggul-tunggul. Hari itu Nanak cuma diiringi oleh deraian air mata seorang ibu dan resahnya hati seorang gadis yang bermata bulat dan ayu.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pisang-pisang Bj, Tbsejenis perhiasan pada hari perkahwinan yang berbentuk bendera tiga segi yang dipacak pada tanah.KEBERANGKATAN Nanak tidak dihantar dengan paluan tenggugu. Tidak juga dihantar dengan hiasan pisang-pisang dan tunggul-tunggul. Hari itu Nanak cuma diiringi oleh deraian air mata seorang ibu dan resahnya hati seorang gadis yang bermata bulat dan ayu.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
piau Mlbarang kepunyaan si mati atau pemberian orang yang dihantar ke kubur semasa pengkebumian (contohnya pinggan mangkuk kepunyaan si mati). Ia sama ada dikuburkan bersama atau diletakkan di atas kubur.Meligun, barang tu susah sikit, Lam. Kau pun tahu itu piau yang paling berharga.Dia cuba menerangkan pada Salam. "Ini pun terlanjur saya jumpa semasa saya tolong menggali dua hari lepas." Dia menerangkan keadaan dia terjumpa selepak itu.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
siwot dalan Kd KBsejenis roh jahatSiwot Dalan - Memakan zat makanan yang dihantar oleh seseorang kepada orang lain.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bangkat Ib, Sksejenis bakul besar yang dibuat daripada anyaman (jarang) rotan atau pelepah palma. Bahagian yang menyentuh belakang pula dilapik dengan kayu. Ia digunakan dengan menggalasnya di belakang bagi mengangkut buah durian, kelapa dan lain-lain.Ketika Nek Siku pulang petang itu, Josika melihat jarum jam tangannya, menunjukkan pukul empat petang, sepertiga buis disumbatkan ke dalam bangkat dan dihantar ke rumahnya oleh orang lain. Dia sendiri berjalan dengan terhuyung-hayang ketika meninggalkan rumah itu tadi.Novel NgoncongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas